welcome



Tuesday, July 6, 2010

Sijil Kejuruteraan Elektrik Domestik Dan Industri


Di Institut Kemahiran MARA Lumut (IKML), Perak terdapat 14 kursus yang ditawarkan kepada bakal-bakal pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke bahagian kemahiran. Diantara kursus yang ditawarkan adalah Sijil Kejuruteraan Elektrik Domestik Dan Industri (SKED).Kursus ini merupakan diantara kursus yang terawal dijalan sejak penubuhan IKML pada tahun 1977 lagi.Kursus ini dijalankan selama 2 tahun atau 4 semester untuk pelajar menamatkan pelajaran mereka.Setelah pelajar menamatkan kursus,mereka akan dianugerahkan sijil kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia dan sijil itu setaraf dengan sijil Politeknik.Selain sijil itu,pelajar juga berpeluang untuk mendapatkan sijil kompeten pendawai yang dianugerahkan oleh Suruhan Jaya Tenaga Malaysia.Sebelum untuk mendapatkan sijil-sijil tersebut pelajar perlu untuk menghabiskan setiap semester yang mengandungi subjek-subjek pelajaran.Pada semester 3 pelajar akan menjalani latihan industri di luar IKML.Pelajar akan membuat latihan industri bersama dengan syarikat-syarikat kontraktor elektrik selama 1 semester.Pelajar ini juga akan dipantau oleh tenaga pengajar dari masa kesemasa sehingga tamat latihan industri.

Kemahiran-kemahiran yang diajar oleh tenaga pengajar memenuhi kehendak industri.Pelajar akan diajar untuk membuat pendawaian elektik 1 fasa dan 3 fasa,kawalan motor,automation,lukisan kejuruteraan elektrik,teori dan prinsipal elektrik.Disamping itu pelajar akan diajar subjek pendidikan islam,bahasa english,keusahawanan dan pendidikan malaysia.
Bagi prospek selepas tamat kursus ini,pelajar boleh menyambung pelajaran keperingkat diploma serta ijazah diinstitut tajaan MARA sendiri dan pusat-pusat awam serta swasta.Untuk pengetahuan banyak lepasan kursus ini telah menyambung pelajaran keperingkat diploma dan izajah dan ada diantara pelajar ini menyambung pelajaran ke peringkat ijazah diluar negara terutama di United Kingdom.Dalam kerjaya pula,pelajar yang mempunyai sijil boleh memilih untuk bekerja sebagai juruteknik elektrik, pendawai elektrik,penyelia elektrik dan ada juga yang menjadi usahawan dengan membuka syarikat kontraktor elektrik.
Untuk keterangan lanjut,pelajar boleh lah lawati laman web http://www2.ikm.edu.my/lumut.Disitu terdapat banyak maklumat yang boleh didapati oleh bakal-bakal pelajar.

Kursus Separuh Masa mendapat Pengiktirafan

Kursus separuh masa bagi kursus SKED dan SKEK telah mendapat pengiktirafan dari Suruhan Jaya Tenaga Malaysia.Sesiapa yang masih bekerja dan mempunyai pengalaman yang mencukupi boleh memohon untuk kursus:

1. Sijil Pendawai sekatan PW3
2. Sijil Pendawai sekatan PW4
3. Sijil Penjaga Jentera Sekatan A0
4. Sijil Penjaga Jentera Sekatan A1
5. Sijil Penjaga Jentera Sekatan A4

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web http://www2.ikm.edu.my/lumut.
sekian terima kasih.